Tuesday, August 17, 2010

New Zealand

Negara yang paling saya suka pergi dan negara impian saya sejak kecil adalah New Zealand. Mendarat sahaja di lapangan terbang Auckland anda merasai suasana yang sangat bersih. Saya tiba di Auckland setelah menempuh perjalanan hampir 20 jam dari Pulau Pinang. Dengan tambang semurah RM 4000.00 pergi balik, saya menaiki pesawat Cathay Pacific ke Hong Kong bermula jam 7.30 pagi. Tiba di Hong Kong International Airport jam 11.30 pagi dan penerbangan seterusnya jam 11.30 malam. Hampir 12 jam juga di air port. Mundar mandir kesana sini dan melihat gelagat orang yang hendak menaiki pesawat bermacam perasaan berbaur....
Perasaan gembira kerana akhirnya berjaya juga setelah menempuh pelbagai halangan dan sedih kerana terpaksa meninggalkan keluarga selama sebulan. Agaknya beginilah perasaan pelajar kita yang pergi belajar keluar negara. Setelah menempuh perjalanan selama 14 jam dari Hong Kong ke Auckland saya tiba ke negara Kiwi dengan selamat. Halangan pertama untuk masuk ke New Zealand adalah makanan yang berasaskan susu. JANGAN sesekali membawa makanan atau rempah ratus yang berasaskan susu memang anda akan kena tahan. Saya membawa juga sedikit rempah ratus untuk sepupu saya di sana, saya isytiharkan dan saya di tahan. Alhamdulillah lepas. Kastam dam imegresen di New Zealand ini mesra alam jadi tidak banyak masalah yang saya tempuhi.

Destinasi sebenar saya bukan Auckland tetapi Welllington. Jadi untuk penerbangan domestik kita terpaksa bergerak ke satu lagi terminal yang tidak disambungkan oleh bumbung. Jaraknya tidaklah jauh sangat dan saya mengambil kesempatan untuk berjalan sahaja walaupun khidmat bas percuma disediakan. Tidak susah sebenarnya. Anda hanya perlu mengikut Garisan Biru sepanjang perjalanan dan ramai penumpang yang berjalan kaki sahaja sambil menikmati udara yang segar. Bukan apa.... salah satu cara untuk meregangkan otot setelah lama terperosok di dalam perut pesawat.
Foto-foto hari pertama kedua di New Zealand boleh di lihat di Picasa Web :
http://picasaweb.google.com/hayati2k/NewZealand_1516Nov#

No comments:

Post a Comment