
Pertama kali menelusuri Tokyo dari Lapangan Terbang Narita mengingatkan saya zaman kanak-kanak dulu semasa menonton cerita
Giant Robot dan
Ultraman dan bangunan yang ada saling tak tumpah seperti dalam cerita
Giant Robot yang sedang bergaduh dengan Sang Raksasa Getah. Ultraman akan datang menyelamatkan bandar yang hampir musnah. Masih saya ingat lagi talian hayat di dada Ultraman yang akan berkerdip bila tenaga mula lemah dan kembali ke matahari untuk mengecas semula tenaganya. Resam Ultraman tidak boleh hidup di bumi. Rasanya cerita Ultraman masih ada sampai kini dan menjadi ikon kepada kanak-kanak lelaki. Bandaraya Tokyo terlalu besar untuk dijelajahi dalam masa se

minggu . Tetapi sistem pengangkutannya yag moden dan efisien memudahkan pergerakan. Walau bagaimanapun kali pertama melihat rangkaian keretapi bawah tanahnya boleh pening. Terdapat 2 rangkaian utama iaitu
Toei Line dan
Tokyo Metro Line. Toei Line adalah rangkaian keretapi kerajaan dan
Tokyo Metro Line milik swasta dan tentu sekali tiketnya lebih mahal. Kesemua 19 rangkaian keretapi di dalam kotaraya Tokyo dan ditunjukkan melalui kod warna yang berbeza. Anda perlu amati betul-betul
Line yang mana yang boleh digunakan untuk sampai ke destinasi kalau tidak boleh sesat dan tak tahu arah tuju...
No comments:
Post a Comment